Soalan Lazim

Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang mereka inginkan namun setiap “Lucky Draw Stick” HANYA layak untuk satu (1) penyerahan penyertaan melalui WhatsApp.
*”Mesej pertama dengan Gambar “Lucky Draw Stick” diberikan layak pernyertaan” Nombor siri yang berulang akan dilucutkan .

Ya.
Melalui WhatsApp: Penganjur akan menghantar auto-balas mesej perakuan untuk
Penyertaan WhatsApp pertama yang diterima oleh setiap nombor mudah alih sahaja.

Promosi ini dibuka kepada semua penduduk Malaysia dengan dokumen pengenalan
yang sah, berumur 18 tahun dan ke atas pada permulaan Tempoh Promosi
(01/JAN/2024). Penganjur berhak untuk meminta bukti dokumen pengenalan.

Promosi bermula jam 00:00:00 pada 01/JAN/2024 dan ditutup jam 23:59:59 pada
30/APR/2024.

Semua Penyertaan mesti diterima oleh Penganjur pada atau sebelum jam 23:59:59 pada
30/APR/2024. Semua Penyertaan yang diterima di luar Tempoh Promosi yang berkenaan
akan dibatalkan secara automatik.

Hadiah Utama: Yamaha EGO – 1 pemenang.
Hadiah Pertama: XIAOMI Robot Vacuum Cleaner – 1 pemenang.
Hadiah Kedua: Eletrik Oven – 1 pemenang.
Hadiah Ketiga: Microwave Oven – 1 pemenang.

Hadiah-hadiah lain:
a) Rice Cooker – 5 pemenang.
b) Table Fan – 5 pemenang.
c) Hamper KBC – 10 pemenang.
d) RM5.00 Cash Voucher KBC – 50 pemenang.

Hadiah Utama: Yamaha EGO – 1 pemenang.
Hadiah Pertama: XIAOMI Robot Vacuum Cleaner – 1 pemenang.
Hadiah Kedua: Eletrik Oven – 1 pemenang.
Hadiah Ketiga: Microwave Oven – 1 pemenang.

Hadiah-hadiah lain:
a) Rice Cooker – 5 pemenang.
b) Table Fan – 5 pemenang.
c) Hamper KBC – 10 pemenang.
d) RM5.00 Cash Voucher KBC – 50 pemenang.

Pihak penganjur akan menjalankan cabutan bertuah secara talian melalui Facebook Live atas nama: [https://www.facebook.com/kbcsauce] .
Tarikh dan masa cabutan akan diumumkan melalui Facebook page kami.

Pengumuman Pemenang akan dipaparkan di Facebook KBC Food [https://www.facebook.com/kbcsauce] .

Semua hadiah boleh dituntut di kilang KBC atau boleh dihantarkan kepada pemenang-pemenang. Pemenang-pemenang perlu menghubungi pengajur melalui WhatsApp untuk menuntut hadiah atau hadiah-hadiah dimenangi didalam 14 hari selepas senarai pemenang dipaparkan.

Hadiah Utama “Yamaha EGO” mesti dituntut di kilang KBC.
*Semua Pemenang Hadiah Utama hendaklah dengan kos dan perbelanjaan mereka sendiri dipertanggungjawabkan dan bertanggungjawab ke atas yuran rampai dan caj yang diperlukan oleh Pemenang untuk menggunakan Hadiah yang dimenangi seperti kos penghantaran,  pemohonan pendaftaran kenderaan, nombor plate, ansuran road tax dan lain-lain.

SEMUA hadiah yang tidak dituntut selepas tarikh akhir yang ditetapkan oleh Penganjur untuk kutipan hadiah akan dibatalkan.
Penganjur berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan alternatif yang sama nilainya.

“Terma dan Syarat”, yang akan mengikat semua peserta (dan ibu bapa/penjaga
sah peserta, dalam kes peserta di bawah umur) yang menyertai Promosi ini (selepas ini dirujuk
sebagai “Peserta”, “Anda”).
B: Syarat-syarat Penyertaan
1. Pengenalan
1.1 Syarat-syarat Penyertaan ini mesti dibaca bersama dengan Jadual Syarat Penyertaan. Jika
terdapat sebarang percanggahan antara Syarat-syarat Penyertaan dan Jadual Syarat
Penyertaan, Jadual Syarat Penyertaan hendaklah diguna pakai. Syarat-syarat Penyertaan dan
Jadual Syarat Penyertaan secara kolektif akan dirujuk sebagai “Terma dan Syarat”. Setiap
terma yang berhuruf besar jika tidak dinyatakan selainnya di dalam ini hendaklah mempunyai
maksud yang ditakrifkan untuk terma sedemikian dalam Jadual Syarat Penyertaan. Terma
yang ditakrifkan boleh digunakan untuk bentuk mufrad dan jamak mengikut keadaan.
1.2 Penganjur berhak mengikut budi bicara, tanpa memberi notis terlebih dahulu, dan tanpa
menanggung sebarang liabiliti terhadap sesiapa, pada bila-bila masa untuk mengubah Terma
dan Syarat termasuk mengubah Tempoh Promosi, membuat penggantian Hadiah,
membatalkan, menamatkan atau menggantung Promosi secara keseluruhan atau
sebahagiannya. Sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada Terma dan Syarat, Peserta
bersetuju bahawa Penyertaan berterusan mereka dalam Promosi akan menandakan
penerimaan mereka terhadap Terma dan Syarat (sebagaimana yang diubah).
1.3 Keputusan Penganjur dalam semua perkara yang berkaitan dengan Promosi termasuk
pengadilan dan pemilihan pemenang adalah muktamad, mengikat dan konklusif pada semua
Peserta,dan tidak boleh dipertikaikan oleh semua Peserta. Sebarang surat menyurat atau
rayuan berkaitan pengadilan dan pemilihan pemenang tidak akan dilayan.
2. Penyertaan Promosi
2.1 Dengan mengemukakan penyertaan untuk Promosi ini, Peserta dianggap sudah memahami
dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini.
2.2 Semua kos dan perbelanjaan yang ditanggung dan/atau timbul daripada penyertaan dalam
Promosi ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada caj telekomunikasi, rangkaian, Khidmat
Pesanan Ringkas, pos dan semua caj lain sedemikian dan perbelanjaan sendiri yang mungkin
dibelanjakan semasa atau berhubung dengan Promosi ini hendaklah ditanggung oleh Peserta.
2.3 Bukti penghantaran penyertaan bukanlah bukti penerimaan, dan Penganjur tidak boleh
dipertanggungjawabkan terhadap sebarang penyertaan yang lewat, hilang, rosak dan/atau
bukti penerimaan yang tidak diterima. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap
sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemadaman, kerosakan, kelewatan operasi atau
penghantaran, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tanpa izin,
atau pengubahsuaian komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau gangguan
teknikal terhadap sebarang rangkaian atau talian telekomunikasi, sistem komputer dalam
talian, pelayan atau penyedia perkhidmatan, peralatan komputer, sistem perisian, kegagalan
e-mel atau pemain akibat masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di Internet.
3. Kelayakan
3.1 Sepertimana yang dinyatakan dalam Jadual Syarat Penyertaan, sekiranya Peserta berumur di
bawah lapan belas (18) tahun, Peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis (dalam
bentuk yang akan ditentukan oleh Penganjur), daripada ibu bapa/penjaga sah mereka
sebelum menyertai Promosi ini dan mengemukakan sebarang maklumat peribadi.
3.2 Penganjur boleh meminta Peserta untuk memberikan bukti kelayakan untuk menyertai
Promosi ini termasuk tetapi tidak terhad kepada dokumen pengenalan, dan kebenaran
bertulis ibu bapa/penjaga sah untuk Peserta di bawah umur lapan belas (18) tahun.
4. Ketidaklayakan
Kumpulan orang yang dinyatakan di bawah tidak layak untuk menyertai Promosi ini:
(a) Kakitangan Penganjur dan syarikat-syarikat dalam kumpulannya dan ahli keluarga
terdekat mereka (suami isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik dan suami isteri adik
beradik mereka); dan
(b) Kakitangan agensi Penganjur yang berkaitan dengan Promosi ini dan ahli keluarga
terdekat mereka (suami isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik dan suami isteri adik
beradik mereka).
5. Perlucutan Kelayakan
5.1 Penyertaan berikut akan dilucutkan kelayakannya:
(a) penyertaan yang tidak jelas, tidak lengkap, berulang, salinan, tidak boleh dibaca atau
tidak betul; dan/atau
(b) penyertaan yang melanggar Terma dan Syarat, mana-mana undang-undang dan/atau
peraturan yang berkuat kuasa.
5.2 Selain itu, Penganjur berhak untuk melucutkan kelayakan mana-mana Peserta yang:
(a) menjejaskan, telah atau cuba menjejaskan perjalanan Promosi dengan pemalsuan,
atau penipuan; dan/atau
(b) tidak layak atau tidak dapat mengemukakan bukti kelayakan untuk menyertai Promosi
ini untuk pengesahan Penganjur apabila diminta.
5.3 Sekiranya perlucutan kelayakan berlaku selepas Hadiah diberikan, Penganjur berhak untuk
menuntut pemulangan Hadiah atau bayaran nilainya daripada Peserta yang dilucutkan
kelayakannya.
6. Hadiah
6.1 Penganjur, ejen, penaja dan wakilnya tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana Peserta
yang gagal menuntut Hadiah menurut ketetapan Tuntutan Hadiah/Tarikh Penghantaran
dalam apa keadaan sekalipun. Penganjur berhak menentukan pengurusan Hadiah yang tidak
dituntut.
6.2 Hadiah sama sekali tidak boleh dipindah milik, diserah hak, ditukar atau ditebus oleh Peserta
dalam apa-apa bentuk lain atau cara lain daripada yang ditetapkan oleh Penganjur.
6.3 Sebarang kos tambahan yang tidak dinyatakan secara khusus dalam Jadual Syarat Penyertaan
berkaitan Hadiah hendaklah ditanggung oleh Pemenang.
6.4 Semua Hadiah mesti diambil menurut terma dan syarat Penganjur, ejennya, penaja atau pihak
ketiga yang menyediakan Hadiah.
(a) Tiket Acara:
Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pembatalan atau penjadualan
semula yang boleh menghalang penunaian Hadiah. Tiket hanya boleh digunakan pada
tarikh yang dinyatakan pada tiket.
(b) Hadiah Pelancongan/Percutian:
Jika pelancongan ditawarkan sebagai Hadiah, penerbangan dan penginapan adalah
tertakluk kepada ketersediaan pada masa tempahan. Hadiah mesti dituntut menurut
tarikh dan destinasi yang ditetapkan oleh Penganjur, ejennya atau penaja. Wang untuk
perbelanjaan tambahan, makanan, cukai, pasport yang sah, visa, pengangkutan pergi
& balik dari tempat berlepas dan perjalanan tambahan, insurans & semua kos
sampingan lain yang tidak dinyatakan secara khusus dalam Jadual Syarat Penyertaan
adalah tanggungjawab Pemenang.
6.5 Hadiah diberikan berasaskan “keadaan seperti sedia ada”. Hadiah hendaklah
digunakan/diambil sepenuhnya atas risiko Peserta dan Penganjur sama sekali tidak memberi
sebarang jaminan mahupun menanggung sebarang liabiliti berhubung dengan Hadiah setakat
yang dibenarkan undang-undang.
6.6 Hadiah hendaklah dituntut sendiri melainkan Penganjur menetapkan cara lain untuk
tuntutan.
6.7 Di mana seorang Peserta masih di bawah umur lapan belas (18) tahun dan diumumkan
sebagai pemenang Hadiah, Peserta mesti ditemani oleh ibu bapa/penjaga sah mereka
sepanjang upacara penyampaian Hadiah.
7. Publisiti
Penganjur boleh menggunakan penyertaan seorang Peserta termasuk tetapi tidak terhad
kepada gambar, lukisan, teks, dan sebarang kandungan atau maklumat lain yang
dikemukakan untuk tujuan Promosi (secara kolektif dirujuk sebagai “Material”), dan nama
Peserta, dan/atau persamaannya, untuk pengiklanan, publisiti dan promosi mana-mana
barangan Penganjur, untuk tempoh tidak terhad di seluruh dunia tanpa pampasan, dan di
mana-mana media. Peserta hendaklah melakukan segala perkara yang perlu untuk tujuan ini
jika diminta oleh Penganjur.
8. Hak Milik Harta Intelek
Peserta bersetuju bahawa segala hak milik harta intelek dalam sebarang kandungan dan/atau
material yang dikemukakan, dibuat atau dicipta oleh Peserta berhubung dengan Promosi ini
dan sebarang hasil kerja terbitan yang timbul daripadanya akan secara kekal dan tanpa syarat
menjadi hak, kepunyaan dan milik Penganjur. Penganjur berhak menggunakan dan mengubah
suai material atau hasil kerja tersebut dalam apa cara sekalipun yang dianggap sesuai tanpa
pampasan kepada Peserta dan Peserta mengetepikan segala haknya ke atas material atau
hasil kerja tersebut.
9. Indemniti
Setiap Peserta bersetuju untuk melindungi, melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan
Penganjur dan syarikat pegangan, subsidiari atau syarikat berkaitannya sebagaimana
ditetapkan dalam Akta Syarikat 2016 (“Kumpulan Nestlé Malaysia”), para pengarah, pegawai,
kakitangan, ejen, penaja dan/atau wakilnya daripada sebarang dan semua kerugian, hak,
tuntutan, tindakan dan kerosakan (termasuk kerosakan khas, tidak langsung dan kerosakan
berbangkit ) yang timbul daripada atau ditanggung akibat penyertaan Peserta dalam Promosi,
penerimaan sebarang Hadiah, dan/atau penggunaan penyertaan Peserta dan/atau
persamaannya berhubung dengan Promosi ini atau pelanggaran Terma dan Syarat.
10. Had Liabiliti
10.1 Penyertaan Peserta dalam Promosi ini adalah atas risiko Peserta sendiri.
10.2 Penganjur, Kumpulan Nestlé Malaysia, para pengarah, pegawai, kakitangan, ejen, penaja
dan/atau wakilnya tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas mana-mana Peserta
berhubung dengan sebarang kerugian atau kerosakan dan sebagainya yang ditanggung,
termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian secara tidak langsung atau berlanjutan, atau
untuk kecederaan peribadi yang ditanggung atau dialami oleh Peserta yang timbul daripada
atau berhubung dengan penyertaan Peserta dalam Promosi ini, dan juga penebusan dan/atau
penggunaan sebarang Hadiah yang dimenangi.
11. Am
11.1 Penganjur, ejen, penaja dan/atau wakilnya tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk
menunaikan mana-mana kewajipan mereka berhubung dengan Promosi dan Terma dan
Syarat di mana mereka tidak dapat berbuat demikian disebabkan keadaan di luar kawalan
mereka dan tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk memberi pampasan kepada Peserta
dalam apa cara sekalipun dalam keadaan sedemikian.
11.2 Sebarang nama, tanda perdagangan atau logo yang digunakan dan/atau diterbitkan semula
dalam sebarang material (termasuk material pemasaran dan promosi) berhubung dengan
Promosi ini, khususnya yang berkaitan Hadiah, adalah hak milik pemilik masing-masing.
Promosi ini dan Penganjur tidak mempunyai pertalian dengan, atau mendapat pengesahan
atau tajaan daripada pemilik berkenaan, melainkan dinyatakan sebaliknya, dan pemilik
berkenaan bukanlah sebahagian daripada syarikat kumpulan Penganjur.
11.3 Peserta tidak berhak untuk menyerah mana-mana hak atau sub kontrak mana-mana
kewajipan yang terkandung di sini. Penganjur berhak untuk menyerahkan atau melesenkan
seluruh atau mana-mana bahagian haknya kepada mana-mana pihak ketiga sebagaimana
yang boleh ditentukan oleh Penganjur.
11.4 Ketidaksahan, kesalahan dari segi undang-undang atau ketidakbolehan penguatkuasaan
mana-mana Terma dan Syarat Promosi ini tidak akan mempengaruhi atau menjejaskan
kesinambungan pelaksanaan Terma dan Syarat Promosi yang selainnya.
11.5 Di mana Terma dan Syarat Promosi ini disediakan dalam bahasa Inggeris dan bahasa yang lain,
sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman antara bahasa Inggeris dan bahasa lain, versi
bahasa Inggeris hendaklah diguna pakai dan dikuatkuasa dalam semua hal.
11.6 Terma dan Syarat Promosi ini hendaklah diertikan, ditadbir, dan ditafsirkan menurut undangundang Malaysia.

Borang penyertaan

Gambar "Lucky Draw Stick" & Produk KBC